Salam Perkenalan...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia..

      Selamat datang diucapkan ke laman blog saya. Sebelum anda meneroka blog saya yang tak seberapa ini, eloklah saya menghulur salam perkenalan buat anda semua. Saya Siti Salwah Bt Hanafiah, seorang yang simple, mudah mesra, ramah-tamah dan seorang yang happy go lucky. Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 2 cahaya mata. Bertugas sebagai guru di SK Hulu Bernam, Hulu Selangor yang merupakan sekolah kedua saya selepas sebulan saya dipostingkan di Klang. Hulu Selangor merupakan kampung halaman saya, so saya sekarang berada di dalam zon yang sangat selesa mudah untuk pulang kedua-dua kampung memandangkan suami juga orang Hulu Selangor. Ini adalah pengalaman pertama saya membuat blog sendiri. Saya mengambil masa yang begitu lama untuk membuat laman blog ini memandangkan tahap keilmuan IT saya yang tak mencapai standard sehingga pandai membuat blog sendiri. Tapi atas dasar usaha sendiri serta semangat ingin belajar so saya gagahkan jugalah walaupun mengambil masa sehingga 5 jam untuk membuatnya...
Akhir kalam.. saya berharap anda suka dan enjoy dengan apa-apa paparan yang bakal saya paparkan nanti. Saya juga tidak keberatan serta mengalu-alukan sekiranya anda ingin berkongsi apa-apa maklumat serta menjadi follower blog saya ini. Terima kasih.